Logo 1Gov*Net

1Gov*Net Portal

Skop perkhidmatan 1Gov*Net dibahagikan kepada dua (2) iaitu Rangkaian Kawasan Luas dan Rangkaian Kampus Putrajaya.

Perkhidmatan Rangkaian Kawasan Luas

Rangkaian Kawasan Luas merangkumi Perkhidmatan Utama atau Main Services dan Perkhidmatan Pilihan atau Optional Services.

  1. Perkhidmatan Utama ialah Secured Wide Area Network Services menggunakan teknologi berikut:
    1. Internet Protocol Virtual Private Network (IPVPN);
    2. Very Small Aperture Terminal (VSAT);
    3. Asymmetrical Digital Subscriber Line (ADSL); dan
    4. Mobile.
  2. Perkhidmatan Pilihan ialah Integration, Consolidation, Bandwidth Optimization, Relocation, Firewall, Local Area Network Services, Content Filtering, Remote Access, Intrusion Prevention System, High Service Level Guarantee, Technical and Consultancy, Dedicated Internet Access, International Connectivity, Class of Services, Bandwidth on Demand dan Point to Point.

Perkhidmatan Rangkaian Kampus Putrajaya (PCN)

Perkhidmatan Rangkaian Kampus Putrajaya ialah menyedia, mengoperasi, mengurus, melaksana dan memantau operasi harian rangkaian secara 24x7 kepada agensi-agensi Kerajaan di Putrajaya dan Cyberjaya seperti berikut:

  1. Perkhidmatan capaian Internet PCN;
  2. Perkhidmatan Penyelenggaraan Rangkaian Kampus, meliputi floor switches, data centre switches, building switches, parcel switch hingga ke gateway switches TIDAK termasuk kabel vertical dan horizontal dalam bangunan serta kabel antara bangunan; dan
  3. Perkhidmatan Rangkaian Tanpa Wayar di bawah PCN.

Terdapat empat jenis jaminan tahap perkhidmatan (SLG) bagi perkhidmatan 1Gov*Net.

  1. Secured WAN Services SLG 99.9% HA
  2. Secured WAN Services SLG 99.9%
  3. Secured WAN Services SLG 99.7%
  4. Secured WAN Services SLG 97.0%

Perkhidmatan 1Gov*Net merangkumi agensi-agensi berikut:

  1. Kementerian, Jabatan dan agensi kerajaan Persekutuan di bawah Kementerian dan Badan Berkanun Persekutuan di bawah saraan Kementerian.
  2. Premis Swasta yang menempatkan Perkhidmatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Jabatan/Agensi Kerajaan Persekutuan.
  3. Jabatan dan agensi Kerajaan di bawah Kerajaan Negeri yang menggunakan aplikasi persekutuan yang tidak boleh dicapai melalui Internet/integrasi Agensi*Net - 1Gov*Net